ANUGERAH AIM YUNA DITARIK BALIK | KONSPIRASI LAGU PENAKUT




Kenapa Timbul Kontroversi Lagu Terbaik "Penakut" Trofi Ditarik Balik Anugerah Industri Muzik (AIM18)?

Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakutyang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.
Yuna penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya tengah hari tadi.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Kesilapan Pemilihan Pemenang Oleh Pihak AIM18 

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut). (Sumber: Mstar)

kata kami : harap cik yuna bersabar yerr... Nak buat mcm mana dah tak ada rezeki kan?? kami sentiasa menantikan apa kata kamo nanti tentang isu ini yer.. :P




Share your views...

0 Respones to "ANUGERAH AIM YUNA DITARIK BALIK | KONSPIRASI LAGU PENAKUT"

 

About Me

My Photo
wan_cikgumuzik
aku adalah manusia yg sering konfius ttg sume benda... iisshhhkkk itu.. iisshhhkkk ini.. so?? korang layan jerr story aku nihhh... korang ada gambar2 menarik?? E-mail kat aku... wan_cikgumuzik@yahoo.com
View my complete profile

wancikgumuzik

© 2010 paper semalam All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Lappy ZOnes