BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU 2011



BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU | SEMAKIN RAMAI DIPINDAHKAN |
Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertambah buruk dengan jumlah mangsa dipindahkan di kedua-dua negeri meningkat kepada 3,457 orang pagi ini berbanding 1,712 mangsa, malam tadi.


INFO BANJIR DI TERENGGANU
Jumlah mangsa yang dipindahkan sehingga kini iaitu di Setiu meningkat kepada 1,510 orang pagi ini berbanding 829 orang malam tadi manakala di Besut 940 orang berbanding 365 orang semalam. Di daerah Hulu Terengganu, jumlah penduduk yang berpindah juga meningkat daripada 105 mangsa petang semalam kepada 211 mangsa pagi tadi dan Marang membabitkan 11 penduduk yang dipindahkan setakat pagi ini. Paras air sungai di beberapa tempat juga dilaporkan melebihi paras bahaya iaitu di Setiu (Jambatan Permaisuri, Kampung Langkap dan Kampung Bukit), di Hulu Terengganu (Kuala Ping) dan di Besut (Jambatan Jertih dan Kampung La).
INFO BANJIR DI KELANTAN
Sehingga 8 pagi, sebanyak 189 keluarga membabitkan 785 mangsa dipindahkan ke 18 pusat pemindahan berikutan keadaan banjir yang semakin teruk. Mereka yang baru dipindahkan ialah seramai 35 mangsa di daerah Kuala Krai, 306 (Kota Bharu), 101 (Machang), 197 (Pasir Mas), 21 (Pasir Puteh) dan 125 (Tanah Merah). Dua sungai utama pula berada di paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard. Sumber : BHarian Online

kata kami : blia plak banjir nk menyerang kedah dan perlis kan???




Share your views...

0 Respones to "BANJIR DI KELANTAN DAN TERENGGANU 2011"

 

About Me

My Photo
wan_cikgumuzik
aku adalah manusia yg sering konfius ttg sume benda... iisshhhkkk itu.. iisshhhkkk ini.. so?? korang layan jerr story aku nihhh... korang ada gambar2 menarik?? E-mail kat aku... wan_cikgumuzik@yahoo.com
View my complete profile

wancikgumuzik

© 2010 paper semalam All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Lappy ZOnes